Tuesday, July 11, 2017

GOOGLE DRIVE

  • Google Drive merupakan perisian storan yang dibekalkan oleh google untuk 
  • penggunanya. Perisian ini berasaskan ‘Cloud Storage as a Service‘ .
  • Pelajar dan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat servis Google Drive berserta storan sebanyak 5 Terabytes bagi pelajar dan 10 Terabytes bagi kakitangan secara percuma.untuk ‘SignUp‘.

Terdapat 3 platform untuk menggunakan Google Drive iaitu ‘Google Drive on the web’ , ‘Google Drive on Mobile Device dan ‘Google Drive on computer‘ dimana semua fail boleh di ‘syncronize’ supaya boleh dicapai dari mana-mana platform.







Google Drive on the web
  • Cipta atau muat naik fail dengan menggunakan hanya satu butang
  • Klik butang ‘NEW’ berwarna merah disebelah kiri untuk muat naik atau cipta fail












    • Cari dan  kongsi fail dengan mudah
    •  Cari fail yang tenama fail tersebut di kotak carian yang tertulis ‘Search Drive‘ manakala untuk kongsi fail hanya perlu klik butang tetikus kanan pada fail dan klik share(anda perlu memasukkan emel rakan anda yang hendak dikongsi)
    • Single Click‘ untuk memilih fail tersebut dan ‘Double Click’ untuk membuka fail tersebut
    • Pengguna boleh menggunakan konsep ‘Drag and Drop’ untuk muat naik fail seperti di desktop









    Google Drive on device
    • Muat turun perisian Google Drive bagi device pada playstore dan appstore
    • Lihat, kongsi dan menyusun fail-fail pada storan
    • Muat naik dan cipta fail terus dari telefon pintar
    • Cetak fail terus dari telefon pintar
    • Boleh mencapai fail walaupun tiada talian internet









    Google Drive on computer
    •  Muat turun Installer Google Drive for PC dari link berikut https://www.google.com/drive/download/
    • Fail pada komputer anda boleh di ‘synced ‘ dengan storan ‘cloud‘ anda tanpa perlu upload pada web Google Drive
    • Fail boleh di muat naik dengan hanya ‘drag and drop’ pada folder yang telah disetkan oleh Google Drive
    Share:

    ANCAMAN PENCEROBOHAN DALAM PERSEKITARAN ICT

    Kepesatan Kemajuan ICT yang sangat drastik dewasa ini memberi cabaran yang besar kepada industri Keselamatan ICT dunia. Hampir kesemua bidang seperti ekonomi , politik , pendidikan , sosial , pertahanan , perubatan serta sains dan teknologi bergantung kepada perkembangan dan kemajuan ICT dunia. Sejajar dengan permintaan yang tinggi dan kemajuan tersebut , ancaman pencerobohan dalam persekitaran ICT turut sama meningkat menjadikan bidang keselamatan ICT sebagai satu keperluan dasar dalam semua pesekitaran ICT.Mengikut takrifan yang didefinisikan oleh Government Computer Emergency Response Team (GCERT) Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama, Infrastruktur dan Keselamatan ICT (MAMPU) , terdapat beberapa jenis ancaman pencerobohan seperti berikut:-

    Pelanggaran Dasar (Violation of Policy)
    Penggunaan aset ICT bagi tujuan kebocoran maklumat dan/atau mencapai maklumat yang melanggar Dasar Keselamatan ICT

    Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan (Denial of Services)
    Ancaman ke atas keselamatan sistem komputer di mana perkhidmatan pemprosesan maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem. Ia melibatkan sebarang tindakan yang menghalang sistem daripada berfungsi secara normal. Termasuk Denial of Services (DoS)Distributed Denial of Service (DDoS) dan sabotage.

    Pencerobohan (Intrusion)
    Mengguna dan mengubahsuai ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak. Ia termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan laman web, melakukan kerosakan kepada sistem (system tampering), pindaan data (modification of data) dan pindaan kepada konfigurasi sistem.

    Pemalsuan (Forgery)
    Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam penghantaran mesej melalui emel termasuk penyalahgunaan dan pencurian identiti, pencurian maklumat (information theft/ espionage) dan penipuan (hoaxes).

    Spam
    Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang laiin yang tidak dikenali penghantar dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama). Ini menyebabkan kesesakan rangkaian dan tindak balas menjadi perlahan.

    Malicious Code
    Perkakasan atau perisian yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa kebenaran bagi tujuan
    pencerobohan. ia malibatkan serangan virus, 
    trojan horse, worm, spyware dan sebagainya.
    Harrasment/ Threats
    Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu emel dan surat yang bermotif personal dan atas sebab tertentu.

    Attempts/Hacks Threats/Information Gathering
    Percubaan (samada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran. Termasuk spoofingphishing,
    probingwar driving dan scanning.
    Kehilangan Fizikal 
    (Physical Loss)
    Kehilangan capaian dan kegunaan disebabkan kerosakan, kecurian dan kebakaran ke atas aset ICT berpunca dari ancaman pencerobohan.

    Bagi mengawal ancaman pencerobohon yang dinyatakan di atas, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari 2010, MAMPU telah mengarahkan semua agensi Kerajaan melaksanakan Standard ISO/IEC 27001:2013 atau Information Security Management System (ISMS). Objektif perlaksanaan ISMS ialah untuk mengawal keselamatan maklumat dari segi kerahsiaan, integrity dan kebolehsediaan, mengenalpasti ancaman atau risiko dalam persekitaran ICT dan meningkatkan keyakinan pelanggan kepada tahap keselamatan maklumat. Maklumat yang selamat mempunyai ciri-ciri yang berikut :-
    1. Kerahsiaan – maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan diakses tanpa kebenaran
    2. Integriti – data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemaskini. Ia hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan.
    3. Tidak boleh disangkal – punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal.
    4. Kesahihan – data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya
    5. Kebolehsediaan – data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila –bila masa
    Sehubungan dengan itu , penguatkuasaaan pelaksanaan ISMS di UKM telah dilakukan pada 1 Mei 2014 dengan skop yang memberi fokus kepada sumber ICT utama di PTM . Aktiviti penilaian risiko keselamatan maklumat dilakukan berpandukan kepada standards, garis panduan , prosedur dan langkah-langkah keselamatan ICT yang ditetapkan. Malah, ISMS UKM juga telah berjaya mendapat Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada April 2015.

    Terdapat beberapa langkah keselamatan yang lain telah dilakukan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) selari dengan motto “Perintis dan Peneraju Teknologi Maklumat” bagi mengurangkan risiko ancaman pencerobohan ini.


    Rajah : Kawalan keselamatan pada perimeter UKM menapis dan menghalang ancaman pencerobohan dari luar ke dalam dan sebaliknya

    Kawalan keselamatan pada perimeter rangkaian UKM diwujudkan sebagai langkah pencegahan dan kawalan kepada semua trafik rangkaian yang keluar dan masuk ke atau daripada UKM seolah-olah seperti ‘Pengawal’ di pintu utama universiti. Kawalan perimeter ini menapis dan menepis ancaman pencerobohan dari dunia luar yang ingin masuk ke dalam rangkaian UKM dan juga sebaliknya, ancaman pencerobohan dari rangkaian dalaman UKM ke hos-hos di luar rangkaian UKM.

    Keselamatan pada setiap hos atau pc di dalam rangkaian dalaman UKM juga perlu dilakukan dengan memasang antivirus dan ‘personal firewall’ untuk melindungi pc warga UKM daripada sebarang ancaman pencerobohan. Semua pc windowshendaklah sentiasa dikemaskini dengan perisian windows yang terkemaskini (windows patches) . Pc yang tiada ciri-ciri keselamatan akan mudah diceroboh dan seterusnya berkemungkinan menjadi penceroboh di dalam rangkaian setempat. PTM telah menyediakan servis installasi antivirus dan kemasikini windows update melalui rangkaian dalaman UKM seperti yang berikut:-

    1. Kemasikini Windows update secara automatik 
    2. Memastikan Antivirus anda di update dari masa ke semasa
    Proses kawalan keselamatan merupakan amalan yang berterusan dan sangat penting. Tanggungjawab menjaga keselamatan ini melibatkan semua pihak yang menggunakan sebarang aset ICT dalam persekitaran UKM. Kesedaran dan tindakan yang disarankan di atas perlu dilakukan untuk mengelakkan dan memastikan persekitaran ICT UKM selamat daripada sebarang ancaman pencerobohan.




    Disediakan ole
    Nurtasneem Pusat Teknologi Maklumat,UKM


    Share:

    Monday, July 10, 2017

    KANAK-KANAK & GADJET


    Beberapa tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana ‘Bibik menggantikan Ibubapa’ dalam proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit. Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan Bibik/Ibubapa’.
    Ramai yang mengakui, senang jika ada Ipad, sebab ianya memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mudah bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan. Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.
    Kenapa?
    Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
    Rajah di bawah menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan. Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
    Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibubapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.
    Kajian ada melaporkan, kebiasaannya, ibubapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibubapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosakata yang boleh disimpan dalam lexical database otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibubapa dan anak-anak.
    Doktor Christakis yang merupakan Direktor pada Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle, juga melaporkan bahawa anak-anak yang di bawah umur 3 tahun akan berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah kelak jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya. Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen. Apa bezanya televisyen dan pendedahan pada gajet yang berjam-jam lamanya dalam satu hari?
    Jika betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka“. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan anda, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak mereka. Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi dengan cara ini. Rata-rata kajian menyarankan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda. Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 2 tahun, langsung tidak didedahkan dengan gajet.

    Disediakan oleh 
    Assist. Prof. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli 
    Deputy Dean, Faculty of Early Childhood Studies, UNITAR
    Share:

    Sunday, July 9, 2017

    PENGUNAAN KOMPUTER SECARA ERGONOMIK

    Kebanyakan individu yang bekerja menghabiskan hampir 50% masanya di tempat kerja iaitu di dalam persekitaran kerja yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan. Oleh itu, rekabentuk dan persekitaran ruang kerja haruslah memenuhi tahap keselamatan, memelihara tahap kesihatan dan menigkatkan tahap kepuasan dan keselesaan individu. Di sinilah prinsip ergonomik memainkan peranan dalam memberikan kesejahteraan dalam persekitaran kerja. Perkataan ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi), bermaksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.Ini termasuklah penggunaan kerusi, meja komputer, tetikus dan papan kekunci yang menyebabkan tekanan kepada tubuh badan manusia.

    Gambar di atas menunjukkan penggunakan komputer secara lalai dan tidak ergonomik.

    Mengapa perlu ergonomik?
    Tahukah anda,menurut  kajian bahagian kesihatan dan keselamatan alam sekitar Universiti Alabama di Huntsville, Amerika Syarikat. Sebanyak 275,000 kes pekerja mendapat musculoskeletal disorders (MDs) iaitu kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen. Kajian pihak mereka juga mendapati 13 peratus kecederaan di tempat kerja datangnya daripada Carpal Tunnel Syndrome (CTS) iaitu sindrom sakit di bahagian pengelangan tangan.
    Itu merupakan satu daripada kesan tidak baik apabila tidak mengaplikasikan prinsip ergonomik dalam melakukan kerja. Kesan daripada faktor fizikal seperti ini boleh membawa kepada kesan lain kepada organisasi seperti ketidakpuasan pekerja dan seterusnya pengurangan kecekapan dan produktiviti.
    Dengan mengaplikasikan prinsip ergonomik, keletihan dan stress dapat dikurangkan. Kakitangan bukan sahaja boleh menyempurnakan tugas, tapi dapat mempercepatkan perlaksanaan tugas dan meminimumkan stress di tempat kerja.

    Antara peralatan pejabat yang bersifat ergonomik
        



                              
    Mengenalpasti risiko ergonomik kepada fizikal
    Risiko ergonomik di bawah merujuk kesakitan fizikal yang mungkin diakibatkan penggunaan komputer secara berpanjangan.

    1. Tekanan ke atas anggota badan secara berulang yang melibatkan pergerakan anggota badan yang sama

    Ia biasanya melibatkan otot, tendon dan sendi. Kesakitan ini juga kenali sebagai Repetitive Stress Injuries (RSI),  Occupational Overuse Syndrome (OOS), Cumulative Trauma Disorder(CTD) dan Repetitive Motion Syndrome (RMS)
    Biasanya pengguna tidak menyedarinya sehingga merasa tanda-tanda awal seperti lenguh, kebas dan kelesuan atau sakit otot. Ini berpunca daripada masa kerja yang panjang, kadar kerja dan masa rehat yang pendek.
    TIPS : Anda dinasihatkan agar melakukan senaman regangan untuk mendapatkan pengaliran darah yang baik pada seluruh anggota dan mengelakkan daripada mendapat kelesuan otot, lenguh atau sakit pada anggota badan tertentu.

    2. Kesakitan abdomen seperti pinggang.
    Kedudukan badan tidak neutral ketika melakukan kerja akan memberi tekanan kepada struktur otot rangka seperti tendon, ligamen, saluran saraf dan salur darah.
    TIPS : Anda perlu menggunakan kerusi yang sesuai dan boleh diubah ketinggian dan kecondongan bagi memberikan keselesaan.

    3. Tekanan terhadap sentuhan.
    Tekanan wujud apabila permukaan tisu lembut seperti tapak tangan, bahagian dalam lengan, pergelangan tangan dan jari yang bersentuhan dengan permukaan tajam atau keras seperti bahagian tepi meja dan papan kekunci.
    TIPS : Bagi mengurangkan masalah berkenaan penggunaan pelapik gel untuk pergelangan tangan dapat membantu mengurangkan tekanan yang diterima pada permukaan tisu lembut.
    Kedudukan yang statik juga menjadi faktor risiko kepada individu. Statik bermaksud pergerakan yang minimum pada bahagian tertentu ketika bekerja.
    Ada antara individu yang mengekalkan sesuatu kedudukan atau posisi dalam keadaan agak lama dan mengakibatkan pergerakan minimum pada otot dan sendi.

    TIPS : Anda  yang sering menggunakan komputer dinasihatkan agar kerap bergerak dan melakukan senaman regangan ringkas setiap 40 minit secara berkala.

    4. Tekanan Mata
    Fokus yang terlalu lama pada sesuatu imej akan menyebabkan mata menjadi letih atau tertekan. Ketegangan mata yang melampau boleh mengakibatkan sakit kepala, pandangan kabur dan simptom visual lain yang disebabkan melihat skrin komputer dalam tempoh yang lama.
    TIPS : Anda digalakkan mengelipkan mata bagi menggalakkan kelembapan pada permukaannya dan juga rehat setiap 30 minit bagi memulihkan tumpuan terhadap sesuatu objek.

    Langkah-langkah menggunakan komputer secara ergonomik
    Pengabaian cara penggunaan komputer yang betul memberi kesan negatif kepada kesihatan dan kehidupan seseorang. Oleh yang demikian, bagi mencegah dan mengelakkan sebarang kesan buruk kepada kesihatan anda, berikut adalah antara langkah-langkah dan tips dalam penggunakan komputer.


    Rajah 1
    Berdasarkan Rajah 1:
    1. Duduk secara tepat berhadapan kedudukan monitor. Ubah ketinggian monitor komputer pada aras yang sesuai, pastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan mata bagi memastikan anda tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.
    2. Bahu dalam keadaan rata dan bahagian belakang  ditegakkan dan disokong sepenuhnya.
    3. Siku diletakkan dengan selesa di atas lengan kerusi pada sudut 90 darjah.
    4. Pergelangan tangan diletakkan rata dan posisi tegak.
    5. Lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
    6. Kedua-dua kaki rata di atas lantai.

    Selain itu, antara perkara lain yang perlu diambil berat;
    • Tetapkan suhu persekitaran sekitar 22 – 25C dan kelembapan pada 40-70 peratus.
    • Ubah suai arah dan sudut skrin bagi mengelakkan silau serta gunakan tirai untuk mengawal cahaya.
    • Rehatkan mata dengan melihat objek-objek segar seperti pokok, rumput, daun dan ikan.
    • Anda disarankan mengambil tempoh rehat selama lima minit setiap satu jam bekerja dan masa santai di kerusi selama satu hingga dua minit setiap setengah jam bekerja atau bila yang dirasakan sesuai.
    • Ketika masa rehat anda dinasihatkan bangun dan berjalan kerana pergerakan dapat mengurangkan tekanan pada minda serta membantu pengaliran darah.
    • Semasa santai pula, pekerja dinasihatkan melakukan senaman regangan ringkas bagi membantu pengaliran darah dan mencegah kelesuan otot.

    Hakikatnya persekitaran kerja yang ergonomik  bukan terletak  sepenuhnya pada peralatan dan perabot khas yang canggih, tetapi yang paling penting adalah usaha kita untuk menggunakan asas ergonomik ini untuk merancang kerja dan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif .
    Kesejahteraan motivasi anda sebagai pekerja organisasi  dapat dicapai menerusi peningkatan kepuasan kerja, semangat kerja, pengurangan tahap tekanan dan emosi.

    Disediakan oleh
     Armin Razita Pusat Teknologi Maklumat,UKM
    Share:

    Most Viewed

    Powered by Blogger.

    Popular Posts

    Page Visited

    Recent Posts

    Header Ads

    Contact Form