Lupa kata laluan emel adalah aduan yang paling kerap diterima untuk perkhidmatan Emel. Tidak kira emel apa yang digunakan samada emel berbayar atau percuma. Masalah yang dihadapi tetap sama.
Bagaimanakah untuk mengatasi masalah lupa tersebut? Mencatat kata laluan di kertas kecil atau nota adalah tidak selamat. Menggunakan kata laluan yang terdiri dari perkataan atau nombor yang berkaitan dengan peribadi juga tidak selamat. Lupa adalah penyakit yang sukar untuk diatasi oleh manusia.
Kalau dulu, setiap kali apabila lupa kata laluan emel UKM, anda perlu menghubungi pentadbir emel untuk mendapatkan semula kata laluan baru. Bagaimana jika pentadbir emel tidak dapat dihubungi? Anda terpaksa menunggu dan terus menunggu.
Namun kini tidak perlu menunggu lagi. Hanya dengan menetapkan nombor telefon, kata laluan baru boleh diperolehi dengan cepat dan dilaksanakan sendiri oleh anda. “Bukankah lebih selamat? Tiada siapa tahu kata lauan anda mahupun pentadbir emel sendiri.”
Selain itu, pengguna juga akan mendapat notifikasi melalui SMS ke telefon yang didaftarkan apabila berlaku aktiviti yang mencurigakan seperti akaun emel dicerobohi atau cubaan masuk oleh penggodam.
Bagaimana cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut? Rujuk Manual Penetapan Nombor Telefon Untuk Keselamatan Akaun Google. Setting ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Apabila berlaku pertukaran nombor telefon atau telefon hilang, anda perlu kemaskini atau buang nombor sedia ada dengan segera supaya ia tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Peringatan : Jika anda kehilangan telefon serta lupa kata laluan, SEGERA hubungi pentadbir email pentadbir_emel@ukm.my untuk mengelakkan akaun emel diceroboh.
Disediakan oleh
Sharifah, Azlina, Syazlina
Pusat Teknologi Maklumat,UKM
Pusat Teknologi Maklumat,UKM
0 comments:
Post a Comment